Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn pulang ke Rahmatullah pada 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun di San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan sakit jantung. Allahyaraham Tun Hussein bin Dato'Onn disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara. Tun Hussein Onn kini dikenang sebagai Bapa Perpaduan bagi mengenangkan segala jasa dan usahanya dalam memupuk perpaduan di negara ini.
Kediaman Bekas Perdana menteri malaysia ke 4 ( Allahyarham Tun Hussein Onn ) ayahanda kepada dato seri hishamuddin .menteri dalam negeri. sekarang
Kelmarin hari rabu jamil telah pergi ke tempat kerja lama jamil iaitu tempat kerja mula-mula jamil memijak kaki ke kuala lumpur iaitu di Kediaman Bekas Perdana Mnteri Malaysia ke 4 iaitu Allahyarham Tun Hussein Onn di Changkat Tunku di bukit Tunku. ( kenny Hill ) .Semenjak balik dari johor setiap kali hariraya jamil pasti akan melawat Tun Shuhaila Hussein .Tun sekarang tidak lagi cergas. kerana sakit kaki. beliau tidak banyak berjalan. Hari itu hariraya jamil pergi tetapi terlambat sebab Tun sekeluarga berkumpul di tempat lain. jamil di sambut oleh ( cik Biha ) adik angkat Tun Shuhaila. cik biha adalah orang yg paling berkuasa di rumah Tun selepas Tun.dari waktu jamil kerja lagi. dalam bahasa lain siapa pandai menjaga hati cik biha maka lama lah orang itu berkerja.
Di pintu inilah kali terakhir jamil menghantar Allahyarham Tun untuk berangkat ke san francisco untuk berubat tetapi kuasa allah tiada siapa yg dapat melawan. Allahyarham tun meninggal dunia di san francisco . jamil mengiring allahyarham tun berjalan mengelilingi rumah dan sampai ke pintu kereta ,antara kata-kata allahyarham tun kali terakhir kepada jamil ialah( jamil awak jaga rumah baik-baik )Di pintu inilah juga jamil pernah menyambut ramai vip-vvip seperti sultan perak azlan shah ( piang ) sultan kedah tuanku abdul halim, mahathir muhammad kutty, musa hitam , mohamad rahmat , rais anak yatim , tengku razaligh , najib ( waktu itu bukan PM atau TPM .hanya menteri biasa. tapi selalu datang.
Di sebalik Dinding yang ada pokok cactus ini dulu adalah bilik dato seri hishamuddin dengan tengku marsila. bilik yang ada taman kecil.bilik mereka selepas kahwin ,mereka hanya berpindah ke rumah lain selepas pemergian allahyarham tun hussein. ke rohmatullah.
Laluan kerusi roda ini baru di buat kerana Tun shuhaila kadang-kadang terpaksa mengunakan kerusi roda .dulu di laluan ini adalah jambangan bunga renek.
Dulu sini bukan garage kereta tetapi hanya tempat letak kereta tetamu .kosong tidak berbunbung. ada kerusi kaytu besi untuk berehat.tetapi sekarang telah du ubahsuah menjadi tempat garage kereta Tun shuhaila dan keluarga.
Jamil parking skuter betul betul di sebelah bilik jamil dahulu. ada tiga bilik di sediakan untuk pekerja. bilik besar 10 kali 10 . besarnya. lengkap dengan kipas angin. almari dan katil bertilam.
Rumah 2 tingkat ini dulu adalah garage kereta.yang boleh memuatkan 3 kereta tun.tetapisekarang telah di ubah suai menjadi sebuah rumah 2 tingkat untuk cik biha. walaupun kecil 2 tingkat tetapi nampak unik dan prestige. cantik.
Ini adalah kawasan taman .di bahagian hadapan rumah. dulu kalau ada majlis besar di rumah khemah di dirikan atas taman ini. ruang-ruang depan rumah ini terdapat kerusi-kerusi untuk berehat sambil mengambil angain petang dan melihat pemandangan.
Ini sahaja kawasan yang tidak berubah.iaitu ruang tamu untuk vip dan vvip. dulu ada 2 set sofa tetapi sekarang telah di sediakan satu set sofat tetapi luas dan banyak.di dinding yang ada foto dan pasu bunga itulah di hari jenazah tun di perlihatkan kepada keluarga . dr mahathir berdirisebelah jamil. waktu itu tak ambil tahu.tapi kalau tahu perangai dia macam sial jamil pasti siggong je dia. sebab pendek.
Ini pemandangan dari bahagian jamil.iaitu tempat jamil mencuci pinggan mangkok. sambil mencuci pinggan mangkok sambil melihat pemandangan.kawasan jamil tukang masak dan pembantu tukang masak tak boleh kacau atau kotorkan . sebab di kawasan jamil pinggan mangkok makan ( noritake ) di simpan. selepas tukang masak siap dan jamil akan letakan mangkok laut di atas meja.sebelum di bawa ke ruang makan keluarga.jamil akan pastikan ia nampak cantik dan bersih.
Dulu kereta Tun ada 3 biji. ( wae 1 ) mercedes 300 di beri oleh petronas , ( wac 1 ) mercedes 500 sel hadiah dari jabatan kerja raya , ( wa 1 ) kereta bmw 780 kereta tun sendiri. Kereta no pendaftaran ( Wac 1 ) sekarang proton perdana executive. dulu mula-mula ialah mercedes 500 sel. kemudian di tukar ke Alphard , tapi sekarang proton perdana.
Dulu sini adalah kawasan bermain piano dan tangga bulan menuju ke tingkat atas terus ke bilik utama allahyarham tun dan toh puan. tetapi disebabkan Tun shuhaila sekarang sakit kaki di sini telah di ubah suai menjadi bilik Tun. dulu bilik tun di atas.
Meja makan utama keluarga .di sinilah selama 7 tahun jamil menyediakan sarapan , makan tengahari , dan makan malam untuk Allahyarham tun sekeluarga. semua masih seperti dahulu .tiada yang berubah di ruangan ini. memang 100% sama.oven untuk memanaskan lauk yg sejuk masih ada.
Ini laluan keluar dan masuk.dari dulu ada polis yang bertugas menjaga pintu masuk.
Di sebelah hadapan bawah bukit rumah tu ialah rumah towkey judi malaysia ( lim goh tong ) gambar ini ialah rumah di tingkat atas iaitu tingkat 6 .rumah tersebut 6 tingkat berlereng bukit.Setiap kali jamil ke rumah ini segala kenangan lama pasti dalam ingatan. di sinilah jamil mengenal dunia.di sinilah jamil mengenal kehidupan orang besar-besar,di sinilah jamil mengenal tingkah laku orang kaya, di sinilah jamil mengenal kalakuan orang politik, di sinilah jamil mengenali perbezaan antara 2 darjat. pengalaman 7 tahun tidak akan jamil lupa dalam ingatan.kalau nak di katakan orang berpangkat atau orang kaya tak kiralah siapa pun baik dari umno atau pembangkang mereka nak menunjukan mereka sama taraf dengan orang biasa atau miskin tak mungkin akan terjadi di malaysia ini. jadi kepada pemimpin pembangkang kalau nak gunakan modal yg ini tak payah le ok. kadang-kadnag sama saja. kalau dah berpangkat atau berada. cermin diri dulu baru cakap orang lain.


































